MEMOIR BERSAMA TAMAR JALIS (Penulis Siri Bercakap Dengan Jin) - Dr. Zabidin Haji Ismail - Lesgro
Double Tap To Zoom
MEMOIR BERSAMA TAMAR JALIS (Penulis Siri Bercakap Dengan Jin) - Dr. Zabidin Haji Ismail
MYR 40.00
Quantity
Estimated Delivery Time
5-7 Days

MEMOIR BERSAMA TAMAR JALIS - Penulis Siri Bercakap Dengan Jin

 

Sebuah buku yang mengisahkan Dr. Zabidin Haji Ismail yang sempat beberapa ketika bersama-sama Allahyarham Mohamad Radzi Mahmud atau Tamar Jalis. Sebanyak 13 bab dinukilkan mengenai kisah atau pengalaman penulis bersama-sama Tamar Jalis. Cerita-cerita mengenai Tamar Jalis dan Siri Bercakap Dengan Jin cukup menarik dihayati kerana kisah yang ditulisnya begitu lokal dan dekat dengan persekitaran kita. Cerita-cerita karangannya seolah-olah menjadi sebahagian kisah kita pula.  Demikian Tamar Jalis melakarkan sesuatu cerita dengan irama patriotisme dengan alunan gemersik budaya Melayu pada zaman berakhirnya kolonialisme di Malaya.

 

Siri Bercakap Dengan Jin diterbitkan sebanyak 284 siri yang disiarkan dalam majalah Variasari terbitan Variapop Group yang berterusan selama 23 tahun enam bulan sejak April 1981 hingga Januari 2005.Ia dianggap sebagai satu rekod dan pencapaian yang luar biasa tentang kisah yang ditulis secara bersiri dalam majalah di Malaysia. Selain itu, Siri Bercakap Dengan Jin jua pernah dibawa ke layar perak melalui siri yang ditayangkan disebuah stesen TV berbayar beberapa tahun yang lalu.

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2021
Powered with
by AVANA
Click Below To Share