Biskut Suji - KRTB MART - Lesgro
Double Tap To Zoom
Biskut Suji - KRTB MART
MYR 23.00
Quantity
Estimated Delivery Time
5 - 7 Days

Bahan Resepi Biskut Suji Gebu Mudah :

1 tin minyak sapi berat 200 gram

3 cawan tepung gandum

2 sudu makan tepung jagung

1 cawan gula halus

4 sudu makan  susu tepung Nespray atau nak guna Anmum pun boleh.

Cara Penyediaan Resepi Biskut Suji Paling Senang :

 

1 - Ayak dulu tepung gandum dan juga tepung jagung. Ketepikan. Dalam satu bekas, gaul dengan spatula/senduk kayu minyak sapi bersama gula hingga sebati. Baru masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil menguli dengan tangan.

Sambung lagi dengan masukkan susu tepung ke dalam adunan. Uli adunan hingga membentuk doh. Kalau terasa doh lembik, tambah sedikit tepung gandum. Uli hingga tidak lekat di tangan.

 

2 - Sukat jika mahu dan gentel lembut hingga bulat doh. Boleh letak di dalam kertas pembungkus dan susun dalam dulang pembakar. Kalau anda suka hias dengan hirisan ceri, letak je di bahagian atas tu.

Panaskan oven sekitar 10 minit pada suhu 160’C. Barulah masukkan dulang pembakar dan bakar biskut suji pada suhu 160’C selama 20-25 minit guna api atas bawah. Ikut oven masing-masing ea. Sebab kadang-kadang lain sikit ikut jenama oven.

Dah sejuk, keluarkan dan simpanbiskut suji dalam bekas kedap udara.Siap sedia untuk dinikmati. Tapi kalau anda suka nak golek-golek dalam susu tepung, pun boleh juga sebelum simpan. Terpulang pada selera.

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2021
Powered with
by AVANA
Click Below To Share