Bahan – Bahan Resepi Biskut Raya Semperit Dahlia
250 gram butter bukan marjerin bukan mentega ya.
110 gram gula icing keluaran CSR yang boleh diperolehi di pasaraya Speedmart ( gambar seperti di bawah )
1 sudu teh esen vanilla
115 gram tepung kastard
110 gram tepung jagung
160 gram tepung redrose. Apakah tepung red rose n mana nak dapatkan ? Di kedai bakeri . ( gambar seperti di bawah )
1 - dengan kelajuan sederhana , putarkan campuran butter , gula icing dan juga esen vanilla . Tak perlu putar sehingga kembang , cukuplah sehingga semua sebati ya. Mudahnya langkah buat biskut semperit dahlia ni kan.
.
2 - dah tak perlu guna pemutar dah . Letak tepi . Masukkan tepung kastard , tepung jagung , tepung red rose tadi dan uli menggunakan tangan anda sehingga mmembentuk doh biskut . Uli sampai sebati tau.
3 - tak perlu dibiarkan doh mengembang , bukan buat roti ni. Tahukah anda , doh lau dibiarkan lama , akan buatkan biskut semperit dahlia anda bantat atau masuk angin. Jadi sila berhati-hati di part ni.
.
4 - masukkan adunan dalam nozzle pecah 15 tadi dan apa lagi , tekan la dengan jari ke atas dulang pembakar . Hiaskan dengan manik atau apa-apa yang dirasakan cantik pada mata anda .
5 - untuk langkah buat biskut semperit ni , panaskan oven sekejap pada suhu 200’C api atas bawah sekitar 5 minit dan turunkan pada suhu 170’C , masukkan dulang pembakar dan bakar biskut semperit dahlia untuk tempoh 25-30 minit . Kenapa tak tetap masa ? Sebab oven berlainan jenama akan sedikit sebanyak mempengaruhi masa pembakaran. Tuan oven je yang kenal perangai oven dia kan.
.
Dah siap , apa lagi, sejukkan seketika dan susun cantik-cantik dalam bekas biskut dan malam lepas berbuka puasa , boleh la makan sebalang dua untuk percubaan.