Biskut Makmur - KRTB MART - Lesgro
Double Tap To Zoom
Biskut Makmur - KRTB MART
MYR 23.00
Quantity
Estimated Delivery Time
5 - 7 Days

Bahan Resepi Biskut Makmur :

600 gram tepung gandum ( sangai )

200 gram ghee ( cairkan )

100gram gula ckastor

Secubit garam

Bahan Inti Resepi Biskut Makmur :

 

200 gram kacang tanah disangai masak dan dikisar

100 gram gula kastor

Sedikit butter cair

Bahan Salut :

Gula Ising

Cara Penyediaan Resepi Biskut Makmur Tradisi :

 

1 - Sangai bermaksud goreng tanpa minyak ya. Lepas dah sediakan semua bahan di atas, campur tepung gandum bersama ghee yang telah sejuk.Masukkan ghee secara sedikit demi sedikit sambil adun uli tepung hingga jadi macam serbuk roti dan bila ambil bulatkan jadi doh, dia melekat cantik. Itu tanda doh dah jadi.

2 -  Campurkan bahan inti biar sebati dan ketepikan. Bulatkan doh tadi dan timbang sekitar 14-15 gram setiap satu. Tak nak timbang pun takpe. Dah boleh start bulatkan dan masukkan inti kacang dalam 1 sudu teh.

3 - Sambil tu panaskan oven dan bila dah siap, bakar biskut makmur dalam oven pada suhu 160’C selama 20 minit guna api atas bawah. Bila dah masak, sejukkan sekejap biar suam lepas tu golek dalam gula ising.

Dah siap dah biskut makmur kita. Boleh la simpan dalam bekas kedap udara. 

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2021
Powered with
by AVANA
Click Below To Share