Biskut Kelapa - KRTB MART - Lesgro
Double Tap To Zoom
Biskut Kelapa - KRTB MART
MYR 23.00
Quantity
Estimated Delivery Time
5 - 7 Days

Bahan-bahan resepi biskut kelapa:

40-50 biji biskut raya dapat dihasilkan dengan sukatan ini.

 

1 1/2 cawan marjerin jenama Planta

1 cawan gula halu

1 biji telur Gred B

1/2 sdt garam halus

1 1/2 cawan kelapa yg dimesin dan digoreng keperangan.(untuk lebih sedap dan biskut yang rasa wangi , goreng sendiri kelapa yang dimesin )

1 sudu teh esen vanila

2 cawan tepung ubi

1 cawan tepung gandum

Tips : Sukatan menggunakan cawan metrik.Sangai juga tepung ubi dan tepung gandum lebih kurang 10-15 minit menggunakan api kecil

 

Cara-cara penyediaan resepi biskut kelapa:

Anda boleh tengok video tutorial yang kami sertakan di bawah.

1 - Sangai bahan biskut kelapa yang perlu dahulu dan biarkan sejuk.Dalam bekas lain,masukkan marjerin dan gula dalam satu bekas serta kacau hingga sebati . Proses ini tidak perlu sehingga bahan kembang. Cukup sehingga sebati sahaja .

 

2 -  Masukkan pula esen vanilla , telur dan garam ke dalam adunan , kacau lagi hingga sebati dan selepas itu masukkan kelapa , tepung ubi dan tepung gandum. Ya , ini masa untuk menguli dengan tangan. Anda ulu-uli dengan tangan hingga doh tidak melekat di tangan.

 

3 - Canaikan doh mengikut ketebalan yang sesuai dan terapkan menggunakan acuan yang suka .

 

4 - Panaskan oven 5 minit awal dan bakar pada suhu 140’C-160’C bergantung pada oven anda sehingga bawahnya garing dan bewarna kekuningan dalam anggaran 20-30 minit menggunakan api atas bawah.

Jika anda bakar 2 dulang / tray sekaligus,pstikan selepas separuh masa pembakaran,tukarkan dulang bawah ke bahagian atas dan yang ke atas ke bahagin bawah untuk dapatkan permukaan perang sekata untuk semua biskut kelapa yang dibakar.

 

Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.Selamat mencuba salah satu biskut raya tradisi ini tau.

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2021
Powered with
by AVANA
Click Below To Share