Biskut Kacang Gajus - KRTB MART - Lesgro
Double Tap To Zoom
Biskut Kacang Gajus - KRTB MART
MYR 23.00
Quantity
Estimated Delivery Time
5 - 7 Days

Bahan – Bahan Resepi Biskut  Raya Gajus – Resepi Biskut Raya

2 cawan nestum yang telah dihancurkan separa kasar*

1/2 cawan kacang gajus yang dihancurkan separa kasar*

1/2 cawan tepung gandum*

1/2 camca teh baking powder*

1/2 camca teh esen vanilla

1/2 cawan gula aising

2 kuning telur sahaja

4 camca besar mentega

 

Bahan untuk hiasan :

- Kuning telur

- Kacang Gajus

 

Cara Penyediaan Biskut Gajus

1 -  gaul kering bahan yang bertanda * sehingga sebati. Ketepikan seketika. Dalam bekas yang lain, menggunakan handmixer pada kelajuan sederhana , gaul mentega dengan gula aising menjadi sebati . Masukkan pula kuning telur dan putar lagi. Laraskan kelajuan handmixer kepada kelajuan perlahan dan masukkan pula tepung sedikit demi sedikit , esen vanilla dan gaul lagi sehingga menjadi doh. Gaul sekejap sahaja.

 

2 - doh yang terbentuk tadi dibahagikan kepada 2 bahagian . 1 bahagian diletakkan diantara plastik dan dicanai sehingga ketebalan menjadi sekitar 0.5cm. Selepas itu , doh diterap dengan bentuk yang anda suka .

 

3 - panaskan oven selama 15 minit pada suhu 175’C . Susun acuan yang telah diterap ke atas dulang pembakar. Gliskan dengan kuning telur dan letakkan kaang gajus yang ditekan sedikit di atas setiap acuan. 

4 - bakar pada suhu yang sama selama 25 minit / sehingga masak. Selepas itu sejukkan biskut gajus dan simpan dalam bekas kedap udara. Siap.

 

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2021
Powered with
by AVANA
Click Below To Share