Biskut Dahlia - KRTB MART  - Lesgro
Double Tap To Zoom
Biskut Dahlia - KRTB MART
MYR 23.00 MYR 25.00
Quantity
Estimated Delivery Time
5 - 7 Days

Bahan – Bahan Resepi Biskut Raya Semperit Dahlia

250 gram butter bukan marjerin bukan mentega ya.

110 gram gula icing keluaran CSR yang boleh diperolehi di pasaraya Speedmart ( gambar seperti di bawah )

1 sudu teh esen vanilla

115 gram tepung kastard

110 gram tepung jagung

160 gram tepung redrose. Apakah tepung red rose n mana nak dapatkan ? Di kedai bakeri . ( gambar seperti di bawah )

 

1 - dengan kelajuan sederhana , putarkan campuran butter , gula icing dan juga esen vanilla . Tak perlu putar sehingga kembang , cukuplah sehingga semua sebati ya. Mudahnya langkah buat biskut semperit dahlia ni kan.

.

2 -  dah tak perlu guna pemutar dah . Letak tepi . Masukkan tepung kastard , tepung jagung , tepung red rose tadi dan uli menggunakan tangan anda sehingga mmembentuk doh biskut . Uli sampai sebati tau.

 

3 -  tak perlu dibiarkan doh mengembang , bukan buat roti ni. Tahukah anda , doh lau dibiarkan lama , akan buatkan biskut semperit dahlia anda bantat atau masuk angin. Jadi sila berhati-hati di part ni.

.

4 -  masukkan adunan dalam nozzle pecah 15 tadi dan apa lagi , tekan la dengan jari ke atas dulang pembakar . Hiaskan dengan manik atau apa-apa yang dirasakan cantik pada mata anda .

 

5 -  untuk langkah buat biskut semperit ni , panaskan oven sekejap pada suhu 200’C api atas bawah sekitar 5 minit dan turunkan pada suhu 170’C , masukkan dulang pembakar dan bakar biskut semperit dahlia untuk tempoh 25-30 minit . Kenapa tak tetap masa ? Sebab oven berlainan jenama akan sedikit sebanyak mempengaruhi masa pembakaran. Tuan oven je yang kenal perangai oven dia kan.

.

Dah siap , apa lagi, sejukkan seketika dan susun cantik-cantik dalam bekas biskut dan malam lepas berbuka puasa , boleh la  makan sebalang dua untuk percubaan.

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2021
Powered with
by AVANA
Click Below To Share