Biskut Badam - KRTB MART - Lesgro
Double Tap To Zoom
Biskut Badam - KRTB MART
MYR 23.00
Quantity
Estimated Delivery Time
5 - 7 Days

Bahan Resepi Biskut Badam Biskut Raya Premium :

2 cawan tepung gandum

3 cawan serbuk badam ( ikut pilihan langkah di atas )

1 1/2 cawan gula ( kurangkan ikut tahap manis anda nak )

1 cawan majerin ( dicairkan dan sejukkan pada suhu bilik )

1 biji telur ayam

Secubit garam

Bahan Hiasan :

 

Telur kuning sahaja

Badam cincang

Pewarna kuning

Cara Penyediaan Resepi Biskut Badam :

 

3 - Dalam satu bekas, masukkan semua bahan KECUALI marjerin yang telah dicairkan. Ramas sebati dahulu sebelum masukkan marjerin sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh dan tidak lekat di tangan.

 

Andai kata doh dah terbentuk cantik tetapi marjerin masih tidak habis, takpe. Tak perlu tuan habis.

 

3 - Sama ada anda nak gentel adunan ikut berat dan masukkan dalam acuan atau canai ikut ketebalan anda mahu sekitar 0.8-1.0 cm dan terap ikut acuan, ianya terpulang. Asalkan cantik. Sambil tu boleh la panaskan oven pada suhu 180’C sekitar 10 minit.

 

3 - Dah terap cantik susun atas dulang pembakar dan sapu bahan hiasan iaitu telur kuning yang dimasukkan 1-2 titik pewarna kuning serta tabur sedikit badam cincang.

Badam cincang ada dijual di bakeri .Senang.

Bakar dalam oven pada suhu 175-180’C ikut oven anda masing-masing selama 25-30 minit menggunakan api atas bawah,

Nak tahu biskut badam anda masak ke belum, dah sampai masa, tolak biskut.Kalau bergerak mudah tanpa sebarang kesan, dah masak dah tu.Selain tu tengok di bawah biskut, Kalau terlalu hangit, rendah masa pembakaran atau suhu. Sebab oven kadang-kadang kita sendiri je yang tahu ragam nya.

Dah siap dah resepi biskut badam.Tak menyesal buat sebab sedap sangat.Selamat mencuba.

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2021
Powered with
by AVANA
Click Below To Share