Biskut Almond London - KRTB MART - Lesgro
Double Tap To Zoom
Biskut Almond London - KRTB MART
MYR 23.00
Quantity
Estimated Delivery Time
5 - 7 Days

Bahan Resepi Biskut Almond London : 

250 gram pure unsalted butter

80 gram gula aising

1 biji kuning telur ayam

1 sudu teh esen vanila

1/2 cawan serbuk badam

3 sudu makan susu tepung

1/2 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh emplek

1/2 cawan tepung jagung

4 1/2 cawan tepung gandum

Bahan Coklat :

500 gram Beryls Milk Compound

1 sudu makan butter/minyak sapi/marjerin untuk setiap 500 gram coklat.

Kalau guna lebih ikut je sukatan seperti di atas.

 

Bahan Salut Almond London :

Badam cincang secukupnya yang dipanggang seketika atau disangai untuk rangup

 

Cara Penyediaan Resepi Biskut Almond London Sedap :

1 - Sediakan bahan asas dulu, sangai tepung gandum, panggang atau sangai badam dan juga badam cincang.Ketepikan. Dalam satu bekas masukkan butter,gula aising,kuning telur dan esen vanilla. Tak perlu guna mixer tapi kacau dengan senduk kayu sahaa dah cukup.Kita taknak biskut kembang.

 

Masukkan pula, serbuk badam,susu tepung,baking powder,emplex tepung jagung dan sebatikan.Boleh uli guna tangan.Barulah masukkan tepung gandum yang siap disangai sedikit demi sedikit.

 

2 - Uli hingga adunan tak melekat di tangan dan boleh dibentuk serta tak berderai.Ambil doh dan lekatkan dalam sudu seperti di bawah dan masukkan badam, tutup bahagian atas dengan doh.Susun dalam tray pembakar. Sambil tu boleh panaskan oven 10 minit pada suhu 170’C..

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2021
Powered with
by AVANA
Click Below To Share